Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) merupakan salah satu penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penyiasatan ini dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 1973 dan seterusnya dijalankan pada kekerapan dua kali setiap lima tahun, iaitu dua penyiasatan dalam setiap tempoh Rancangan Pembangunan Malaysia. Objektif utama HIS adalah untuk mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk; mengumpul maklumat mengenai pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosio ekonomi dan menyediakan data asas bagi pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Statistik pendapatan dan kemiskinan isi rumah digunakan bagi penggubalan dasar dan pelan pembangunan terutama untuk strategi serta program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan. Statistik yang disediakan dirujuk daripada Penyiasatan Selepas Banci, Banci Pertanian, Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan kompilasi statistik.
Statistik Siri Masa Pengagihan Pendapatan Isi Rumah, Kemiskinan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 1970-2019
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai data di atas, sila hubungi :
Bahagian Pembangunan Ekuiti,
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
- 85648 views