Carta Organisasi:
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) 2023

Hubungi Kami:
Pengarah
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Kementerian Ekonomi
Aras 9, Menara Prisma, 
No. 26, Persiaran Perdana Presint 3 
62675 Putrajaya

No Tel : 03-80902062

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) merupakan sebuah majlis penasihat ekonomi kepada Kerajaan yang pertama kali telah ditubuhkan pada 7 Januari 1998 semasa pentadbiran Perdana Menteri keempat. Pada ketika itu, MTEN berperanan sebagai badan perundingan kepada Jemaah Menteri untuk menangani masalah ekonomi negara, khususnya memberi nasihat kepada Kerajaan bagi memulihkan ekonomi dan mengelakkannya daripada terjerumus dalam kemelesetan.

Sekretariat MTEN ditubuhkan di bawah Kementerian Ekonomi bagi membantu urusan keurusetiaan di semua peringkat Mesyuarat MTEN serta juga memantau dan melaporkan kemajuan pelaksanaan kepada MTEN. Sekretariat MTEN diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi sebagai Ketua Sekretariat.

Sekretariat MTEN bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod dan dokumen bahan pembentangan, minit dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan Mesyuarat MTEN dengan selamat dan sistematik seperti yang ditetapkan dalam Terma Rujukan.

Sekretariat MTEN perlu melaporkan secara berkala pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh MTEN kepada Mesyuarat MTEN.

Objektif

Menjalankan tugas sebagai Urus Setia kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Mengurus dan menyelaras penyediaan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Terma Rujukan.

Fungsi

  • Menjadi platform perkongsian antara sektor awam dan sektor swasta mengenai dasar dan strategi ekonomi semasa;
  • Meningkatkan penglibatan sektor swasta dan industri dalam perancangan pembangunan melalui sesi libat urus yang bersistematik bersama pelbagai pihak bekepentingan seperti pemimpin korporat, ahli ekonomi, pelabur tempatan dan asing, perusahaan kecil dan sederhana, ahli akademik dan wakil sektor ekonomi;
  • Memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara dengan menangani masalah kerentanan ekonomi di kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan pemain industri mikro, kecil dan sederhana;
  • Meningkatkan daya saing dan kualiti persekitaran perniagaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama;
  • Menjadi platform untuk menangani isu dan cabaran ekonomi yang bersifat struktural dan dalam jangka masa sederhana dan panjang;
  • Menjadi platform perbincangan mengenai projek pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi; dan
  • Meningkatkan tahap keyakinan rakyat, industri dan pelabur kepada Kerajaan melalui libat urus yang meluas.