Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan Ekuiti

Hubungi Kami:

Pengarah

Bahagian Pembangunan EkuitiKementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma
No.26, Persiaran Perdana
Presint 3
62675;W.P Putrajaya.
No. Tel. : 03-8090 2141

 

 

A.     Fungsi Umum

  • Penggubalan Dasar, Strategi Dan Program Agenda Pembangunan Bumiputera

  • Mengkaji semula keberkesanan dasar, strategi dan program sedia ada;

  • Merangka/ menggubal strategi dan program baru yang lebih efektif dan relevan mengikut masa; dan

  • Memantau keberkesanan pelaksanaan strategi dan program bagi mencapai sasaran strategik.

     1.     Kajian

  • Mengkaji dan menganalisis isu serta mengemukakan cadangan dasar strategi dan program bagi menangani isu berhubung            dengan  Agenda Pembangunan Bumiputera.

      2.     Pembangunan Data

  • B40 dan agihan pendapatan (kemiskinan, income, socio demographic profilling)

  • Ekuiti Sektor Korporat

  • Guna Tenaga (profesional, skill, high paid job, sector, occupation);

  • Hartanah (bangunan dan tanah); dan

  • Lain-lain yang akan dikenalpasti.

     3.     Kawal Selia Hartanah

  • Pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan/agensi Kerajaan bernilai RM20 juta berdasarkan Garis Panduan Perolehan/Pelupusan Hartanah (GPPH); dan

  • Kajian dan penambahbaikan GPPH.

 

B.    Senarai Tugas

       1.    Pembangunan Bumiputera

  • Merangka dan merancang dan kawalan dasar dan strategi yang dapat mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi yang lebih bermakna;

  • Menyelaras siling dan memantau pelaksanaan program / projek RMKe-12 bagi keusahawanan Bumiputera;

  • Menyelaras program dan projek yang melibatkan agensi mandat Bumiputera dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi  Negeri;

  • Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan serta keberkesanan dasar dan strategi penyertaan Bumiputera dalam ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT);

  • Mengumpul data/maklumat mengenai guna tenaga mengikut kumpulan etnik, sektor ekonomi dan kategori pekerjaan;

  • Mengemaskini metodologi dan melaksanakan pengiraan pemilikan ekuiti sektor korporat;

  • Menganalisis ketidakseimbangan yang wujud dalam pemilikan & penguasaan sektor korporat dan penyertaan dalam guna tenaga; dan

  • Mengemukakan cadangan bagi membantu pencapaian matlamat keseimbangan dalam ekonomi.

2.     Kawal Selia Sektor

  • Menimbang cadangan pelupusan hartanah kepentingan Bumiputera dan / agensi Kerajaan bernilai RM20 juta dan ke atas;

  • Mengemaskini garis panduan dari semasa ke semasa mengikut keperluan; dan

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan GPPH yang diterima.

 

Pembangunan Inklusif

  • Merangka dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan;

  • Mengumpul, menganalisis data/maklumat mengenai pembasmian kemiskinan & agihan pendapatan di kalangan semua kumpulan etnik;

  • Menganalisis trend  serta kedudukan kemiskinan dan ketidakseimbangan  pendapatan dan unjuran jangka pendek dan jangka panjang yang dibuat menggunakan model ekonomi yang dibangunkan selaras dengan matlamat dan sasaran kemiskinan;

  • Menyelaras dan menyelia pelaksanaan kajian-kajian mengenai kemiskinan dan agihan pendapatan;

  • Menyelaras dan mengemaskini metodologi pengiraan pendapatan garis kemiskinan dan pengukuran kemiskinan;

  • Membangunkan pangkalan maklumat kemiskinan dan agihan pendapatan berasaskan banci, kajian dan penyiasatan-penyiasatan khas;

  • Menyelaras dan membantu keperluan aliran maklumat kepada agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta;

  • Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek kemiskinan;

  • Menilai keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan;

  • Mengemukakan cadangan dan syor mempertingkatkan keberkesanan program pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar serta agihan pendapatan;

  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Y.B. Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari semasa ke semasa.

 

  • Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan professional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:-

  • Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan.

  • Memastikan penggubalan dasar dan strategi pembangunan inklusif dan penyertaan bumiputera akan memberi perhatian utama kepada golongan yang ketinggalan.

  • Memastikan penggubalan dasar dan strategi tidak akan menjejaskan keistimewaan golongan-golongan tertentu seperti mana tertaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • Memastikan penyediaan rangka dasar dan strategi yang berkesan untuk mencapai aspirasi Kerajaan serta memenuhi keperluan masyarakat dan kumpulan sasaran.

  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu.

  • Menyediakan maklum balas kepada Keputusan Jemaah Menteri/Menteri/Exco MTEN dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan; dan

  • Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan Bahagian Pembangunan Ekuiti dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan-santun.

  • Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur, sistematik dan mesra pengguna.