Carta Organisasi:

Bahagian Perkhidmatan Sosial

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Sosial
Kementerian Ekonomi
Aras 3, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P. Putrajaya
No. Tel.: 03-8090 2356
 

Objektif

  • Merangka dasar dan strategi untuk memastikan penggunaan sumber secara optimum bagi sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan serta pembangunan belia dan sukan
  • Menyediakan rangka kerja perancangan sektoral untuk jangkamasa sederhana dan panjang
  • Menganalisa serta mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan sektor-sektor di atas
  • Mengkaji dan menyediakan peruntukan pembangunan lima tahun untuk program dan projek pembangunan serta menilai pencapaian dan kemajuan setiap projek

Fungsi Utama

  • Merancang pembangunan sektor kesihatan, perumahan, perkhidmatan kerajaan tempatan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, perpaduan serta pembangunan belia dan sukan
  • Menyediakan input Rancangan Malaysia Lima Tahun, Kajian Separuh Penggal dan Sustainable Development Goals Roadmap.
  • Menilai, menyelaras dan memperakukan peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor-sektor di atas secara Rolling Plan selaras dengan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Mengkaji, memproses dan memperakukan permohonan Notis Perubahan bagi program/projek yang diluluskan seperti pindaan skop, kos dan siling projek termasuk pewujudan projek baharu.
  • Membuat pemeriksaan bajet bagi peruntukan pembangunan (DE) tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Menyediakan ulasan dan maklumbalas ke atas Memorandum Jemaah Menteri, keputusan Jemaah menteri/Menteri berkaitan sektor kesihatan, perumahan,kerajaan tempatan, pembangunan keluarga dan masyarakat, perpaduan, pembangunan belia dan sukan, serta lain-lain perkhidmatan sosial.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor perkhidmatan sosial secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Melaksanakan tugas-tugas penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan mengikut jadual secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor perkhidmatan sosial selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Mengkaji, memproses dan memperaku permohonan perubahan skop projek, pewujudan projek baru dan menyediakan notis perubahan berhubung dengan pindaan-pindaan siling peruntukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan peruntukan pembangunan tahunan bagi program dan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Rolling Plan bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengikut jadual yang ditetapkan;
  • Menyediakan ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 2 minggu;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh 3 hari dari tarikh arahan;
  • Menjawab semua pertanyaan secara profesional berkaitan dengan sektor perkhidmatan sosial dan menyelesaikan masalah secepat mungkin secara tepat, jelas dan bersopan santun; dan
  • Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung permohonan melaksanakan projek sektor perkhidmatan sosial kepada pihak pengurusan Kementerian dan memaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 bulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima daripada pihak Syarikat/Konsortium.

Kami bersedia menerima pandangan membina daripada pelanggan-pelanggan kami demi kebaikan bersama dalam menyediakan perkhidmatan yang teratur dan sistematik.