Carta Organisasi:CARTA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA.pdf

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma
No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8090 2102
 

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab merancang dan mengurus keperluan sumber manusia organisasi, urusan perkhidmatan, faedah dan saraan, kemajuan kerjaya dan pembangunan kompetensi bagi pegawai di Kementerian dan agensi.

Fungsi

  1. Merancang pengisian perjawatan di Kementerian dan mengurus penempatan sumber manusia secara optimum bagi menyokong pelaksanaan fungsi organisasi dengan cekap. Struktur dan perjawatan organisasi dikaji dari masa ke masa mengikut perubahan dan keperluan semasa bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
  2. Mengurus urusan perkhidmatan, prestasi dan kenaikan pangkat serta faedah dan kemudahan bagi pegawai.
  3. Merancang, menyelaras serta melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/kursus di bawah anjuran kementerian dan pihak luar.
  4. Mengurus dan menyelaraskan permohonan pegawai di Kementerian dan agensi untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur.
  5. Mengurus dan menyelaras permohonan pegawai di Kementerian dan agensi bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan.
  1. Mengeluarkan surat penempatan dan menyediakan Penyata Perubahan (Kew.8) bagi anggota lantikan baru dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
  2. Menyelesaikan urusan pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempohempat belas (14) haribekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
  3. Menyelesaikan urusan permohonan penanggungan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
  4. Memastikan pencalonan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
  5. Memproses permohonan pegawai di kementerian dan jabatan untuk menghadiri latihan/kursus berbayar atau di bawah tajaan penganjur dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Memproses permohonan pegawai bagi mengikuti kemudahan latihan jangka pendek dan jangka panjang anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.