Carta Organisasi:
Bahagian Industri Perkhidmatan

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Industri Perkhidmatan
Kementerian Ekonomi
Aras 1, Menara Prisma, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500

Latar Belakang

Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) ditubuhkan dari program penjenamaan semula SIP di bawah Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2007. Memulakan operasi pada 1 Ogos 2007, penubuhan Bahagian ini adalah atas justifikasi memberikan lebih perhatian kepada pembangunan sektor perkhidmatan yang dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Objektif

Bahagian Industri Perkhidmatan (BIP) bertanggungjawab merancang, merangka dasar, strategi dan program pembangunan sektor perkhidmatan dalam usaha mengukuhkan sektor ini sebagai sektor peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Dalam mencapai objektif ini, enam (6) unit ditubuhkan selaras dengan sub-sektor tumpuan iaitu:

  • Unit Makro, Kewangan & Industri Halal
  • Unit Perkhidmatan Perniagaan & Profesional (BPS), Multilateral & Kesihatan Swasta
  • Unit Bilateral Trade, Pendidikan Swasta & Pembinaan
  • Unit Perdagangan Pengedaran (DT), Dasar Persaingan, Logistik, Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan (MRS) & Enterpris Kecil dan Sederhana (SME)
  • Unit Seni & Budaya
  • Unit Pelancongan

Fungsi Utama

  • Merancang, merangka dasar, strategi serta program pembangunan sektor perkhidmatan.
  • Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan.
  • Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek berdasarkan KPI/hasil.
  • Mengkaji semula dasar, strategi, program dan mencadangkan penyesuaian serta perubahan.
  • Menjalankan penyelidikan ekonomi dan intelligence.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor perkhidmatan secara produktif, profesional dan berkesan;
  • Menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, dan Kajian Separuh Penggal mengikut jadual yang ditetapkan secara profesional, cekap, berkualiti dan berkesan;
  • Menilai dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program/projek mengikut sub-sektor keutamaan selaras dengan jadual penyediaan dokumen Rancangan
  • Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  • Melaksanakan pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian
  • Separuh Penggal serta memperaku pindaan siling peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima maklumat lengkap daripada Kementerian/Agensi;
  • Menyediakan ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
    • Ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri akan disediakan dengan kadar yang lebih singkat mengikut keperluan pelanggan, tertakluk kepada maklumat yang mencukupi;
  • Menyediakan maklum balas kepada keputusan Jemaah Menteri/Menteri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh arahan; dan
  • Menjawab semua pertanyaan Parlimen berkaitan sektor perkhidmatan dan mengambil tindakan penyelarasan secepat mungkin secara tepat dan jelas.