Carta Organisasi:
Pejabat Penasihat Undang-Undang

Hubungi Kami:
Penasihat Undang-Undang
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kementerian Ekonomi
Aras 9, Menara Prisma
No. 26, Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
MALAYSIA
No. Tel.  : 03-80902082

Objektif

Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian Ekonomi.

  • Memberi pandangan dan khidmat nasihat perundangan secara bertulis yang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap dengan syarat dasar serta isu kewangan telah dimuktamadkan oleh Jabatan/Bahagian/Unit, manakala bagi isu perundangan yang kompleks, dalam tempoh 30 hari bekerja atau setelah rujukan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.

 

  • Menyemak dan menggubal perjanjian dan dokumen perundangan yang lain dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap dengan syarat dasar serta isu kewangan telah dimuktamadkan oleh Jabatan/Bahagian/Unit, manakala bagi perjanjian dan dokumen perundangan yang lebih kompleks, dalam tempoh 30 hari bekerja atau setelah rujukan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.

 

  • Menyemak dan menggubal instrumen dan dokumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan joint communiqué dalam tempoh 14 hari bekerja dan bagi instrumen dan dokumen antarabangsa yang lebih kompleks, dalam tempoh 30 hari bekerja atau setelah rujukan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.

 

  • Mengkaji kertas siasatan dan memberikan arahan pendakwaan bagi memulakan apa-apa kes di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] dari tarikh diterima, atau mendapatkan arahan Pendakwa Raya/Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara bagi kes yang perlu dalam tempoh masa yang sewajarnya.

 

  • Melaksanakan arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak Kerajaan Malaysia/Jabatan sekiranya diarahkan oleh Peguam Negara dalam tempoh yang ditetapkan atau dengan memastikan tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 10 minggu dari tarikh arahan diterima.

 

  • Menyemak atau menyediakan draf perundangan utama/subsidiari dalam tempoh 40 hari bekerja dengan syarat isu perundangan dan dasar dimuktamadkan, serta mengemukakan draf untuk semakan dan kelulusan Penggubal Parlimen/Jabatan Peguam Negara.