Carta Organisasi:
Bahagian Pembangunan
Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Pembangunan,
Kementerian Ekonomi,
Aras 2, Blok F11, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 W.P Putrajaya
No. Tel. : -
Faks : -
Visi
- Pemacu kepada perkhidmatan pengurusan program dan projek pembangunan Kementerian Ekonomi
Misi
- Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai program dan projek pembangunan Kementerian Ekonomi secara strategik
Objektif
- Merancang dan mengawalselia pelaksanaan program dan projek pembangunan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Ekonomi agar berjalan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Memantau dan menilai prestasi kewangan dan fizikal program dan projek pembangunan.
- Menyelaras maklumat pelaksanaan projek-projek Kementerian di dalam Sistem MyProjek.
Fungsi Utama
- Memastikan pelaksanaan fungsi Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Ekonomi yang teratur dan berkesan.
- Memastikan urusan pentadbiran dan permohonan program dan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dilaksanakan mengikut tatakelola yang ditetapkan.
- Menguruselia pelaksanaan program dan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) selaras dengan perancangan.
- Melaksanakan pemantauan merangkumi lawatan kerja dan aktiviti intervensi ke atas program dan projek terpilih.
- Memastikan pengurusan siling peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang cekap dan teratur.
- Menguruselia permohonan, penggunaan dan pengemaskinian MyProjek oleh jabatan/agensi secara efisien.
- Menyelaras penyediaan laporan pasca pelaksanaan dan penilaian outcome program/projek jabatan/agensi yang cekap dan berkesan.
- Memastikan penyampaian perkhidmatan Bahagian Pembangunan yang berkualiti kepada pemegang taruh.
- 2051 views