Carta Organisasi:
Bahagian Pertanian

Hubungi Kami:

Pengarah
Bahagian Pertanian
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma;
No.26, Persiaran perdana, Presint 3;
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan;
62675 W.P Putrajaya
No. Tel.  : 03-80902171

Objektif

Bahagian Pertanian diamanahkan untuk menggubal dan mengkaji semula dasar pertanian serta menyediakan rancangan jangka sederhana dan panjang yang komprehensif bagi menjadikan sektor pertanian lebih berdaya saing. Di samping itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab menyediakan halatuju dasar bagi pemodenan dan pembangunan sektor pertanian yang mampan. Sehubungan itu, tumpuan diberi untuk menggalakkan aktiviti berasaskan pertanian bernilai tinggi serta aktiviti-aktiviti lain di sepanjang rantaian nilai. Bahagian berhasrat untuk membangunkan sektor pertanian untuk memanfaatkan peluang pasaran dan meningkatkan keupayaan sektor dalam menangani isu semasa yang berkaitan.

Fungsi Utama

  • Mengkaji dasar sedia ada serta menggubal dasar dan strategi baru bagi pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi;
  • Menganalisa isu-isu semasa dan trend akan datang berkaitan sektor pertanian serta menjalankan kajian bagi mengenal pasti pendekatan baru untuk meningkatkan inovasi dalam sektor pertanian;
  • Menyediakan peruntukan bagi program dan projek-projek pertanian serta menilai kemajuan dan pencapaian pelaksanaannya; dan
  • Melaksana, menyelaras dan memantau kajian-kajian mengenai pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani.

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi melalui budaya kerja cemerlang dan profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan seperti berikut:

  • Merancang pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani secara proaktif, profesional dan berkesan;
  • Menyedia Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RPLT) dalam tempoh yang ditetapkan secara profesional, cekap dan berkesan;
  • Menilai, menyelaras dan memperaku peruntukan pembangunan bagi program dan projek di bawah sektor pertanian dan industri asas tani berdasarkan jadual penyediaan dokumen RPLT yang ditetapkan serta selaras dengan pencapaian outcome kerajaan di peringkat nasional;
  • Menganalisa dan menilai cadangan projek-projek baru serta menyediakan notis perubahan berhubung pindaan siling peruntukan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja setelah maklumat yang lengkap diterima daripada Kementerian;
  • Membantu Kementerian Kewangan dalam pemeriksaan belanjawan tahunan bagi program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah RPLT berdasarkan jadual yang telah ditetapkan;
  • Menyedia ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan;
  • Menyedia maklum balas bagi pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembangunan sektor pertanian secara professional dan menyelesaikan masalah berkaitan dalam tempoh tiga hari; dan
  • Menyediakan ulasan dan pandangan berhubung cadangan projek berkaitan dengan pertanian daripada syarikat/konsortium kepada pihak pengurusan UPE dan memaklumkan keputusan kepada pemohon dalam tempoh sebulan setelah kertas cadangan atau laporan tersebut diterima.