Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP) adalah konsep yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan alam sekitar dan keperluan generasi masa hadapan. Konsep ini menjelaskan tentang penggunaan sumber asli yang cekap, meminimumkan penggunaan bahan berbahaya dan mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa di sepanjang kitaran hayat produk atau perkhidmatan. Melalui pendekatan kitaran hayat, SCP menggalakkan rakyat untuk mempertimbangkan impak alam sekitar dan kecekapan penggunaan sumber pada setiap peringkat pengeluaran dan penggunaan.
Malaysia sebagai salah sebuah daripada 17 buah negara megadiverse countries sedang bergelut dengan cabaran untuk melindungi anugerah semula jadinya bagi memastikan sumber semula jadi digunakan secara mampan supaya tidak menjejaskan keperluan generasi masa akan datang. Dari segi pemeliharaan kawasan semula jadi, usaha dapat dilihat di mana sehingga tahun 2015, 54.6% daripada kawasan bertanah di Malaysia kekal sebagai kawasan berhutan manakala jumlah kawasan terestrial dan air daratan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan meningkat daripada 10.8% pada tahun 2013 kepada 12.1%. Sementara itu, jumlah kawasan terestrial dan air daratan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan juga turut meningkat daripada 10.8% pada tahun 2013 kepada 12.1% pada tahun 2015. Selain daripada itu, tumpuan turut diberikan untuk menyediakan asas bagi pelaksanaan inisiatif pertumbuhan hijau di mana pendekatan proaktif telah diambil untuk memangkin pewujudan pasaran hijau dengan melaksana perolehan hijau Kerajaan. Pada tahun 2017, sebanyak 21% daripada perolehan Kerajaan yang melibatkan 20 produk dan perkhidmatan terpilih adalah perolehan hijau berbanding sasaran awal sebanyak 20%.
Pertumbuhan hijau akan menjadi anjakan penting dalam mencorak pembangunan sosioekonomi negara serta melindungi hasil pembangunan dan biodiversity. Perancangan strategi pembangunan sosioekonomi yang dapat meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam adalah kritikal. Trajektori pembangunan pertumbuhan hijau negara akan merangkumi tiga tonggal pembangunan mampan- ekonomi, social dan alam sekitar, dan akan membolehkan negara menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih baik.

Faedah Ekologi

  • Pembentukan tanah
  • Pelupusan sisa
  • Penulenan air dan udara
  • Kitaran nutrien
  • Penyerapan tenaga solar
  • Pengeluaran makanan

Faedah Biologi

  • Biodiversiti membantu komuniti biologi menahan tekanan dengan lebih baik serta pulih dengan lebih cepat
  • 95% daripada perosak dan organisma pembawa penyakit di dunia ini dikawal oleh pemangsa dan pesaing semulajadi

Kehilangan biodiversity menyebabkan :

  1. Fragmentasi & kehilangan habitat
  2. Pencemaran
  3. Perubahan iklim
  4. Penggunaan tidak mampan
  5. Pertumbuhan populasi / pembandaran / penggunaan yang lebih
  6. Pemerdagangan haram kehidupan liar / kepupusan spesis / spesis asing yang invasif
  7. Kesan kepada rantaian makanan dan menjejaskan ekosistem
  8. Kesan kepada keperluan asas yang menyokong kehidupan manusia (kesihatan manusia, penyakit berjangkit, pertanian, spiritual dan budaya, perniagaan, reakriasi dan pelancongan