Pengenalan

Malaysia menerima 25.9 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2017 berbanding 25.7 juta pelancong pada tahun 2015, mencatat peningkatan sebanyak 0.8% berikutan persaingan sengit dari negara jiran di rantau ASEAN. Perbelanjaan pelancong pula meningkat sebanyak 19.1% kepada RM82.3 bilion pada tahun 2017 daripada RM69.1 bilion pada tahun 2015. Di samping itu, tempoh penginapan purata bagi pelancong asing meningkat kepada 5.7 hari pada tahun 2017 daripada 5.5 hari pada tahun 2015.

Sebagai langkah ke hadapan, strategi yang akan dilaksanakan adalah:

Industri pelancongan

  1. Menjenama semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dan memanfaatkan produk ekopelancongan
  2. Memanfaatkan platform digital untuk mempromosi produk dan perkhidmatan pelancongan
  3. Meningkatkan akses pelancong ke Malaysia dan ke destinasi pelancongan dalam negeri serta meningkatkan kualiti perkhidmatan
  4. Menambah baik infrastruktur dan kemudahan serta menyemai budaya penyelenggaraan

Industri kreatif

  1. Merangka pelan komprehensif untuk memanfaat budaya, seni dan kraf bagi memastikan kemampanan industri
  2. Menggalakkan animasi, permainan elektronik dan industri muzik serta melahirkan usahawan yang inovatif
  3. Mengkaji semula insentif dan mekanisme pembiayaan sedia ada untuk meningkatkan ketelusan dan menggalakkan pengembangan industri