Sektor pertanian memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. 

Selari dengan peranan utamanya, Kerajaan terus menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing sektor ini agar dapat membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa.

DASAR AGROMAKANAN NEGARA (2011-2020)

Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) digubal dengan objektif seperti berikut:

  • Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan;
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan; dan
  • Meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani. 

DASAR KOMODITI NEGARA (2011-2020)

Dasar Komoditi Negara (2011-2020) digubal dengan objektif seperti berikut:

  • Meningkatkan sumbangan industri komoditi kepada eknomi negara;
  • Memoden dan mentransformasi industri komoditi agar berdaya saing dan mampan;
  • Menggalakkan pertumbuhan di sepanjang rantaian nilai industri komoditi;
  • Meningkatkan pendapatan pengusaha industri komoditi termasuk pekebun kecil; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi perladangan dan pemprosesan berasaskan komoditi industri.