Latar Belakang
Galeri Gambar
Galeri Video
Soalan Lazim
Latar Belakang BMTKM:

1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 Bilangan 1 Tahun 2021 pada 6 Disember 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyelaras dan memudah cara Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2022. BMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025.

1.2 Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022 (Rabu) dan perbincangan dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), BMTKM akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) Pelaksanaan BMTKM selama 3 tahun 6 bulan (2022-2025) bermula dengan fasa 1 secara rintis melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 3,000 KIR miskin tegar bermula pada penghujung Mei 2022.; 
(ii) Pelaksanaan BMTKM Fasa 2 akan bermula pada bulan September 2022, diikuti Fasa 3 pada bulan Disember 2022 dan fasa seterusnya bermula tahun 2023;

Pelaksanaan Program

1.3 Pelaksanaan Program berkaitan pembasmian kemiskinan tegar seperti pembangunan minda dan motivasi, pengurusan kewangan, pemasaran, keusahawanan, kemahiran teknikal, pertanian dan pemadanan pekerjaan pihak berkuasa koridor, DBKL dan PL seperti berikut:

 Bil.

 Agensi Pelaksana

 Negeri

 Bil. Lokaliti

 1.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

 • Kelantan
 • Pahang
 • Terengganu

 23

 2.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

 • Johor

 4

 3.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)

 • Kedah
 • Perak
 • Perlis
 • Pulau Pinang

 18

 4.

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA)

 • Sarawak

 10

 5.

Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA)

 • Sabah

 10

 6.

Akan dimaklumkan kemudian

 • Melaka
 • Negeri Sembilan
 • Selangor

 9

 7.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

 • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 4

 8.

Perbadanan Labuan (PL)

 • Wilayah Persekutuan Labuan

 2

 

 

 Jumah

 80

 

 
Galeri Gambar Tarikh

YB Dato' Sri Mustapa Mohamed menghadiri Perjumpaan bagi Majlis Gerak Mula Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Negeri Sabah

17 Jun 2022

Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Di Sabak Bernam

17 Jun 2022

Perjumpaan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menghadiri Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Peringkat Negeri Perak

16 Jun 2022

Lawatan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed ke Lata Kinjang, Tapah, Perak

16 Jun 2022

Perjumpaan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, bagi Majlis Gerak Mula Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMKTM) bersama Persatuan Penduduk PA Desa Rejang di PA Desa Rejang

15 Jun 2022

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMTKM) Fasa Pertama Di Selangor

12 Jun 2022

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMKTM) Fasa Pertama di Pahang

12 Jun 2022

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMKTM) Fasa Pertama di Kelantan

11 Jun 2022

YBM Menghadiri Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Di PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

07 Jun 2022

YBM menghadiri Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kampung Sungai Lias, Sabak Bernam, Selangor 

16 Mei 2022

Sesi Taklimat dan Lawatan Turun Padang YBM Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kampung Pengkalan Atap, Besut, Terengganu

12 Mei 2022

Sesi Taklimat dan Lawatan Turun Padang YBM Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Perkampungan Orang Asli Kuin - Lengat, RPS Iskandar, Bera, Pahang

11 Mei 2022

Sesi Taklimat dan Lawatan Turun Padang YBM Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang

11 Mei 2022

Akan Datang

Soalan Lazim

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia atau akronimnya BMTKM adalah merujuk kepada program pembasmian kemiskinan tegar yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai pihak. Matlamat utama BMTKM adalah bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang holistik.

  1. Mereka yang ingin menyertai BMTKM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih;Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih;

  2. Mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong sebagai miskin tegar sahaja yang akan terlibat sebagai peserta BMTKM; dan

  3. Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).

Kriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih dan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar;

  3. Berumur di antara 15 - 60 tahun ke atas; dan

  4. Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

    Pendekatan baharu BMTKM dalam menangani kemiskinan tegar di Malaysia adalah melalui:

    1. pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach);

    2. pendekatan dari bawah ke atas (local problem, local solution); dan

    3. penyelesaian kemiskinan secara bersasar dan bukannya bersifat one size fits all.

    Pelaksanaan BMTKM melibatkan penyertaan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Ini termasuk penyertaan pelbagai kementerian dan agensi pelaksana, pentadbiran kerajaan negeri dan daerah, universiti awam (UA), sektor swasta dan industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO).

    BMTKM akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah, komuniti atau hibrid. Selanjutnya, BMTKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan, pembangunan kapasiti dan kapabiliti serta minda yang sesuai berdasarkan potensi lokaliti serta profil peserta BMTKM. Secara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    1. Penjanaan pendapatan

      1. Bantuan/Insentif pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, perkhidmatan.


    2. Peningkatan kapasiti/modal insan

      1. Pembangunan Modal Insan dan Minda; dan

      2. Latihan Kemahiran dan TVET.


    3. Pembangunan Keusahawanan

      1. Latihan dan bimbingan keusahawanan;

      2. Bantuan modal permulaan perniagaan;

      3. Bantuan peralatan dan mesin;

      4. Pembungkusan, pelabelan dan pensijilan.

      5. Bantuan peralatan dan mesin;


    4. Peluang pekerjaan

      1. Penyediaan pekerjaan.


    5. Pemasaran

      1. Pembangunan pusat pengumpulan produk;

      2. Pemasaran; dan

      3. Pendigitalan.

    BMTKM akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025.

    BMTKM akan memperkenalkan dasar pemisah (exit policy) kumpulan sasar selepas tempoh dua hingga tiga tahun pelaksanaan dan pemantauan BMTKM. Dasar pemisah ini adalah bagi memastikan kemampanan program yang telah dilaksanakan bagi peserta BMTKM mampu mengangkat dan mengekalkan mereka di luar kepompong kemiskinan tegar. Sehubungan itu, penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan program BMTKM yang antaranya mencakupi skop keusahawanan sosial, pengukuhan pembangunan kapasiti dan keupayaan serta pembangunan minda adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan dasar pemisah ini.

    Program BMTKM akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara serta menjadi pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan dalam kalangan B40. Program sedia ada berkaitan kemiskinan yang diselaraskan oleh Kementerian dan agensi pelaksana lain akan diteruskan.