PUTRAJAYA, 17 Januari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Negeri Republik Singapura di Menara Prisma, Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan wilayah dan hubungan dua hala serta bidang kerjasama baharu dalam ekonomi digital, ekonomi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Turut hadir, TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia dan YBrs. Encik Paarteeben Subramaniam, Timbalan Pengarah II (Kerjasama Serantau) Bahagian Pembangunan Wilayah dan pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi.

Kunjungan ini sempena Lawatan Kerja TYT Dr. Vivian Balakrishnan ke Malaysia dari 15 hingga 18 Januari 2023.