PUTRAJAYA, 12 Januari 2023: YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Brian D. Mcfeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi; rantaian bekalan, perubahan iklim dan infrastruktur digital.