Sidang Kemuncak Pemimpin Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-14 telah berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada 10 November 2022

Dalam persidangan yang dipengerusikan H.E Jeneral Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand itu, Malaysia diwakili oleh  YB Tan Sri Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat selaku wakil kepada Perdana Menteri Malaysia. Indonesia pula diketuai, H.E Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia dan turut dihadiri Dato’ Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN dan Masatsugu Asakawa, Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB).

Delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak tersebut turut disertai YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) dan YBhg. Dr. Hj. Mohd Shaharin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah EPU, JPM.