Kuala Lumpur, 8 Disember 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mempengerusikan Sesi Libat Urus Penyediaan RMKe12 bersama Kerajaan Negeri Sabah bertempat di Bangunan Parlimen pada hari ini.

Sesi Libat Urus yang dilaksanakan secara dalam talian dipengerusikan bersama oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor merangkumi perancangan 5 tahun pembangunan negeri tersebut.

Hadir sama, YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan pengurusan tertinggi EPU.