Kota Iskandar , 4 Oktober 2020 -YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Penutup Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan Wilayah Selatan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar anjuran bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) yang melibatkan lebih 70 peserta daripada negeri Johor.

Dalam sesi yang sama, YB Menteri turut diberi taklimat hasil dapatan oleh pihak IRDA berkenaan isu dan pendekatan baharu dalam menangani Miskin Bandar terutamanya di Iskandar, Malaysia.

Hadir sama, YB Dato' Dr. Badrul Hisham bin Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; YBhg Datuk Ismail bin Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA; YBrs. Encik Abdul Halim bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pembangunan Ekuiti, EPU dan YBhg Dato' Ahmad Zamri bin Khairuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, EPU.