Putrajaya, 20 Oktober 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Sambutan Hari Statistik Negara & Dunia dan Persidangan Statistik Malaysia 2020 bertempat Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sambutan pada tahun ini sangat bermakna kerana ianya disambut bersekali dengan Hari Statistik Sedunia (World Statistics Day). Pada tahun ini, sambutan di peringkat dunia bertemakan Connecting The World With Data We Can Trust yang menekankan kepentingan data dan impaknya dalam kehidupan sejagat.

Sistem statistik negara perlu diperkukuhkan bagi memastikan data yang ada diselaraskan dan dapat digunakan oleh kerajaan dalam merangka dasar atau membuat keputusan.