Nabawan, 8 April 2021 – YB Datuk Arthur Jospeh Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Program Malaysia Prihatin: Mobile Community Services (MCS): Mobile River bertempat di Dewan Orang Ramai Nabawan.

Program bersepadu yang akan berlangsung selama 4 hari merupakan kerjasama dan gandingan penjawat awam negeri dan persekutuan serta pimpinan masyarakat daerah agar gerak kerja terbaik demi memanfaatkan semua rakyat terutama di Nabawan.

Terdapat seramai 1,261 orang penerima BPN 2.0 yang tiada akaun bank di Daerah Nabawan merangkumi mukim Nabawan, Sapulut, Pemuntarian, Pagalungan, Pensiangan, dan Tatalaan dengan jumlah keseluruhan wang tunai hampir RM900 ribu.

Lokasi adalah mengikut tarikh ketetapan 8 April 2021 bagi mukim Nabawan, Sapulut & Pemuntarian di Dewan Masyarakat Nabawan, 9 April 2021 bagi mukim Pagalungan di Pentas Terbuka Pekan Pagalungan, 10 April 2021 bagi mukim Pensiangan di Balai Budaya Pekan Pensiangan dan 11 April 2021 bagi mukim Tatalaan di Balai Budaya Kampung Ponontomon.

Antara perkhidmatan lain yang dibawa termasuklah Pendaftaran Program Vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan, Banci 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan semakan eKasih oleh Unit Penyelarsan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup ketika bertemu wartawan berkata tujuan program ini adalah untuk membawa khidmat dan bantuan daripada Kerajaan terus ke akar umbi.

Melalui program ini penerima-penerima bantuan Prihatin Nasional & bantuan Prihatin Rakyat di Parlimen Pensiangan tidak perlu keluar jauh dan mengeluarkan kos yang tinggi untuk menunaikan bantuan tersebut.

Beliau turut menyatakan harapan agar dengan penganjuran program seperti ini hubungan antara masyarakat umum dan Kerajaan akan lebih erat dan menyeru Kerajaan terutamanya di peringkat pentadbiran agar turun ke akar umbi bagi mendengar denyut nadi rakyat.