Baru-baru ini berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 3/2022 yang merupakan sidang pertama buat barisan kepimpinan Perwakilan Pekerja Penggal 2022-2024.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Pengerusi MBJ, Dato’ Nor Azmie Diron dan dihadiri Naib Pengerusi (Perwakilan Pekerja), Puan Noor Diana Mohamad Jusoh serta ahli-ahli mesyuarat yang lain.