Kuala Lumpur, 1 Oktober 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2020 yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Kongres ini telah berlangsung selama sebulan sejak hujung Ogos lalu.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) berjaya melibatkan semua pihak termasuk komuniti Orang Asli, pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan komuniti ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam kongres ini.