PUTRAJAYA, 19 September 2022 - YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah menyampaikan ucapan aluan sempena Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN), yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Hotel Marriot, Putrajaya.

Kerajaan menggubal DTN selepas mengambil kira perkembangan serta cabaran dalam dan luaran bagi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun secara mampan.

DTN merupakan komitmen Kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan baharu serta menjadikan sektor tenaga sebagai pemangkin utama kemampanan sosioekonomi bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Kerajaan juga akan terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi DTN supaya manfaat ekonomi yang besar akan diperoleh melalui perkembangan bidang pertumbuhan baharu.