Putrajaya, 19 Oktober 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majis Pelancaran Penerbitan My Local Stats 2019 hari ini.

Penerbitan My Local Stats tersebut memuatkan statistik sosioekonomi utama di peringkat daerah pentadbiran bersempena dengan Hari Statistik Negara (MyStats Day) 2020 yang akan disambut pada 20 Oktober 2020 bersekali dengan Hari Statistik Sedunia (World Statistics Day).

Dengan adanya My Local Stats ini, penilaian terhadap sesuatu kawasan dapat dibuat dan seterusnya melihat jurang pembangunan yang berlaku antara daerah. Ini adalah seiring dengan usaha Kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat yang pastinya memerlukan keputusan yang dibuat dengan betul serta berasaskan bukti dan fakta yang menyeluruh dan mencukupi.

Ketersediaan statistik yang teguh akan membantu penyaluran sumber negara agar perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.