SEREMBAN, 15 Mac 2023 - Selepas dilancarkan di LRT Cempaka, Ampang hujung bulan lalu, kini mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) beroperasi di Stesen Bas Terminal 1, Seremban.

Selain menjana pendapatan buat peserta IPR di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), program tersebut turut menawarkan pilihan makanan berkualiti pada harga murah kepada pengguna.

Hadir meninjau sendiri operasi mesin layan diri IPR di Terminal 1 Seremban ialah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YAB Dato' Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut mengiringi, YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi dan YBhg. Dato' Masri Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban.