Carta Organisasi:
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan

Hubungi Kami:
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
Kementerian Ekonomi
Aras 7, Menara Prisma, No.26, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 W.P Putrajaya
No. Tel. : 03-8000 8000
Faks : 03-8090 2500

Piagam Pelanggan

  1. Melaksanakan urusan berkaitan pengurusan kewangan mulai dari tarikh maklumat/dokumen lengkap diterima seperti berikut:

     

    BIL

    JENIS PEROLEHAN /

    TEMPOH PROSES

    (HARI BEKERJA) /

    1

    Pembelian Terus

    3

    2

    Sebut Harga

    14

    3

    Tender

    21

     

    1. Mengeluarkan Waran Peruntukan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama dan memaklumkan agihan peruntukan kepada Pusat Kos dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima;
    2. Mengeluarkan Waran Tarik Balik dan Pindah Peruntukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
    3. Memproses Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
    4. Memproses permohonan bertugas rasmi ke luar negara dalam tempoh lima (5) hari bekerja untuk mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal;
    5. Memproses semua bil / tuntutan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
    6. Memberikan keputusan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
    7. Mengeluarkan pesanan tempatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
    8. Mengeluarkan resit rasmi pada tarikh yang sama setiap terimaan yang diuruskan;
    9. Menyediakan baucer bayaran gaji berasingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
    10. Menyediakan baucer bayaran pelbagai tuntutan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
    11. Menguruskan permohonan perwakilan kuasa dan had nilai dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
    12. Memproses semua jenis permohonan perolehan dari tarikh maklumat/dokumen yang lengkap diterima mengikut tempoh berikut:
      1. Mengemukakan dokumen perubahan gaji ke Jabatan Akauntan Negara / Bahagian Akaun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JAN.

         

  2. Melaksanakan urusan-urusan berkaitan khidmat pengurusan di Unit Perancang Ekonomi seperti berikut: 
    1. Mesyuarat Pengurusan Ketua Setiausaha (KSU) Bersama Pengarah Bahagian;
    2. Menguruskan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pengangkutan diperlukan;
    3. Pembukaan fail atau menutup fail akan dilakukan dalam masa satu (1) hari bekerja;
    4. Surat serahan tangan akan dihantar selewat-lewatnya hari berikutnya;
    5. Permohonan stok dari Bahagian akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja oleh Stor Utama, Kementerian;
    6. Menguruskan pas keselamatan pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
    7. Menguruskan pelekat kenderaan pegawai dan kakitangan UPE dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
    8. Pengesahan tempahan bilik mesyuarat yang dibuat dapat dilakukan pada hari yang sama;
    9. Aduan dibuat mengenai penyelenggaraan disampaikan pada pihak kontraktor pada hari yang sama, status menyemak kerja-kerja menyelenggara akan dijalankan dari masa ke semasa;
    10. Permohonan kelulusan kad inden dan telefon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
    11. Menguruskan kontrak di Kementerian dengan pembekal dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat kontrak;
    12. Menyelenggara maklumat Sistem Pengurusan Aset (SPA) setiap 30 hari dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) sebanyak 4 kali setahun;
    13. Menjalankan kerja-kerja percetakan dalam masa tiga (3) hari bekerja;
    14. Memastikan proses pinjaman buku dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan
    15. Memastikan pakaian seragam disiapkan sebelum penghujung bulan April pada tahun semasa.